Sunday, April 3, 2011

Seri Bayu meninggal dunia

PORT DICKSON, April 2 (Bernama) -- Songwriter Seri Bayu or his real name

Jamaludin Sulik, died tonight due to lung infections. He was 45.

He breathed his last at 8.15pm at Port Dickson Hospital, according to his

friend Azmi Zahari, who is the executive council member of the Pertubuhan Insan

Prihatin.

Azmi said Seri Bayu, who had been suffering from nerve ailments for six

years and was partially paralysed, succumbed to lung infections.

He told Bernama that prior to being admitted to the hospital, he lived with

his adopted brother in Kampung Teluk, here.

Seri Bayu, from Singapore, had once written lyrics for songs by Jamal

Abdillah and Anita Sarawak as well as for other artistes.

He married twice and had five children with his first wife.

His remains will be buried at Kampung Teluk after the Zohor prayers

tomorrow.

-- BERNAMA

Kisah penderitaan Seri Bayu bukan sahaja pada penyakitnya, tetapi hati dan perasaannya di mana rumah tangganya bermasalah di saat beliau memerlukan sokongan dan pertolongan menghadapi ujian paling kuat dalam hidupnya, melawan penyakit saraf yang di hadapinya selama 6 tahun.

Kita doakan semoga Seri Bayu di letakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga kesedihan dan penderitaan Seri Bayu menjadikan kita lebih insaf dalam mengenali cabaran dan liku-liku kehidupan.

Al fatihah.

Tuesday, February 1, 2011

May Allah save Malaysian Students in Mesir.




Salam Bloggers!

Gempar pelajar Malaysia semakin tidak selamat di Mesir, kekacauan dan pemberontakkan yang berlaku di sana menyebabkan keluarga dan sanak saudara pelajar di sini panik dan takut akan terjadinya sesuatu yang tidak baik kepada mereka di Mesir.

Lets doa and pray for their safety and health friend's!

Moga kerajaan Malaysia memandang serius akan keselamatan pelajar di sana!

Monday, January 31, 2011

Maha Firaun

Akhirnya diktator di negara arab Tunisia, Mesir, Yemen dan banyak lagi negara arab bakal di gulingkan dijatuhkan dengan begitu aib sekali kerana mengekalkan kuasa melalui keluarga mereka.

Singapura? Kita tunggu dan lihat, sama ada rakyat Singapura berani bertindak ataupun takut untuk bertindak kerana takut akan di saman.

Saya suka mengulang "ayat Dr Mahathir" ini kepada kawan2 saya yang mengutuk Dr M dahulu dengan kata-kata kesat.

Dr Mahathir said,

"thankz for calling me dictator, tell me which dictator ever resign?"

we really need this kind of Maha Firaun Folks!

Monday, January 24, 2011

what say you Melayu Singapura?





















SINGAPURA – Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.

Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India.

Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum.

“Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam,” kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya.

“Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

“Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah,” kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka.

Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa.

Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya.

Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.

“Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah… Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain,” katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing.

Sumber



Saya juga ingin tahu pendapat rakyat Singapura mengenai isu di atas, beranikah mereka membantah untuk mempertahankan agama mereka? Mengurangkan keislaman? Maksud macam mana? Azan dalam Masjid sahaja? Kurangkan solat 5 waktu jadi 1 waktu sahaja?

Dan semestinya di Malaysia jauh lebih baik dalam mempertahan dan membela agamanya dari cercaan dan serangan luar, hinggakan isu penggunaan kalimah Allah tidak sewenang-wenangnya di berikan kepada penganut agama lain, kita mempertahankan keistimewaan agama kita.

Kepada yang menghentam Dr Mahathir, terima kasihlah, kami sebagai rakyat Malaysia lebih mengenali Dr Mahathir yang mengangkat Agama Islam itu di pandang tinggi bukan sekadar dari pakaian namun martabat Islam itu di angkat ke tempat yang sepatutnya.

Mungkin Lee Kuan Yew marah kepada Tun Dr Mahathir yang menganggu mereka cari makan melalui perlabuhan dan dia menyalahkan agama. Saya tidak tahu sama ada persaingan ini menjadi sengit dan apabila mereka tidak mampu mempertahankannya, mereka mula menyalahkan agama.

Sedarlah wahai bangsaku seagamaku di sana, jangan kita kejarkan dunia sehingga membiarkan orang lain menghina prinsip agama kita, bangunlah dan pertahankanlah, walaupun anda maju, tetapi anda kecil dan lebih mudah di perintah.

Janganlah berlagak sehinggakan lupa asal usul anda.

Sunday, January 23, 2011

Sisa Pepejal


Dalam masa 5 hari sampah Malaysia sebesar Perlis!

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Mungkin ramai yang terkejut apabila membaca tajuk di atas, namun itulah dilema yang dialami negara ini. Sampah yang dihasilkan dalam tempoh lima hari sahaja boleh menutupi seluruh negeri di utara tanah air itu jika ia dikumpul dan diratakan.

Dalam setahun pula, bukan sahaja boleh memenuhi negeri Pahang bahkan juga separuh daripada keluasan Semenanjung Malaysia.

Ia adalah hasil yang 'disumbangkan' oleh penduduk negara yang berjumlah kira-kira 28 juta orang ketika ini.

'Sumbangan' tersebut membabitkan 30,000 tan sampah yang dibuang oleh isi rumah sehari atau 10,950,000 tan sampah dalam setahun.

Jumlah itu bersamaan dengan meletakkan sebanyak 30,000 lori berkapasiti satu tan di jalan raya sepanjang 90 kilometer sehari atau sejauh 32,850 kilometer selama setahun.

Jika setiap lori satu tan dianggarkan mempunyai panjang tiga meter dan lebar adalah dua meter maka luas lori tersebut adalah enam meter persegi atau 0.006 kilometer persegi.

Jika terdapat 30,000 buah lori, ia bersamaan dengan 180 kilometer persegi iaitu hampir menyamai luas 22 padang bola sepak berukuran antarabangsa.

Dalam tempoh lima hari sahaja ia boleh menutupi keseluruhan negeri Perlis yang berkeluasan 810 kilometer persegi.

Statistik dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menunjukkan bagi 2008 sahaja, jumlah sampah domestik bagi Kuala Lumpur dan Selangor adalah sebanyak 1,841,372 tan.

Jumlah itu terus meningkat kepada 1,919,529 tan sampah pada 2009. Trend peningkatan itu terus berlaku memandangkan pertambahan isi rumah termasuk kehadiran pendatang asing yang kini dianggarkan berjumlah tiga juta orang.

Malangnya, masih ramai rakyat negara ini tidak memandang serius mengenai kepentingan membuang sampah serta mempraktikkan kitar semula bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

Sebagai contoh, sekiranya terdapat 3,000 orang membuang plastik pembungkus gula-gula pada satu-satu masa, ia boleh menutupi sebuah gelanggang badminton.

Dalam masa sejam sahaja, ia mampu memenuhi sebuah padang bola sepak. Bagaimana jika seminggu, sebulan dan seterusnya setahun?

Masalah ini boleh dielakkan jika masyarakat sedar perlunya mereka membuang sampah di tempat yang disediakan bagi menjaga kebersihan apatah lagi plastik merupakan bahan yang sukar untuk dilupuskan.

Justeru setiap individu perlu mengetahui cara untuk mengurangkan pembuangan sampah dengan menjalankan aktiviti kitar semula.

Mahatma Gandhi pernah berkata: ''Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita tetapi meminjamnya daripada generasi yang akan datang".

Maka, jangan kecewa jika kegagalan menjalankan tanggungjawab, membuka ruang kepada generasi akan datang menyalahkan kita.

Utusan Malaysia

Sistem pembuangan sampah di negara kita perlu berubah bagi memastikan alam sekitar tidak tercemar dan ekosistem kita tidak terganggu.

Perbadanan Sisa Pepejal perlu di laksanakan segera dan di sokong bagi mengangkat sistem qualiti dan meningkatkan mutu pengendalian sisa pepejal.

Di Jepun cara mereka mengendalikan sampah dan cara mereka membuang sampah juga mempunyai standart yang tinggi di mana "pengasingan" sampah di lakukan sebelum mereka membuangnya.

Di Malaysia perlu di laksanakan kempen secara besar-besaran bagi mengubah "mindset" rakyat untuk memahami pentingnya menjaga alam sekitar .

Sayangilah bumi kita dan peliharalah ia sebelum ia tercemar dan terlambat untuk di selamatkan.

Ahli-ahli politik perlu bersatu hati dalam menyelesaikan masalah ini dari bergaduh dan bertelagah mengenai hal-hal remeh seperti liwat dan main belakang.

Banyak isu yang perlu di selesaikan terutamanya Mindset rakyat terutamanya Bangsa Melayu yang banyak ketinggalan dari perlbagai bidang, sesungguhnya kita semakin ketinggalan jauh.

Melayu Singapura






















Salam bloggers!

Saya tertarik dengan kritikan Tun Dr Mahathir terhadap sistem pemerintahan Singapura yang mengamalkan diskriminasi terhadap Melayu Singapura sehinggakan rakyat Melayu di Singapura terpinggir dan ketinggalan.

Dan orang Melayu di Singapura bingkas dan bangkit membangkang kenyataan Dr Mahathir baca sini dengan penuh semangatnya mereka mempertahankan pemerintahan Singapura yang amatlah telus dan adil seadil adilnya.

Saya rasa pun betul juga kata rakyat Singapura, mana ada orang Melayu susah dekat sana, kan aman damai dan saksama pemerintahannya.

Hei!!! Lee Kuan Yew tu memerintah, sangat-sangatlah maju Singapura di perintah oleh mereka anak beranak, orang Melayu di Singapura pun kaya-kaya, sehingga tercatat Orang Melayu antara top ten terkaya di Singapura...

Eh2! ye ke ada orang Melayu terkaya kat Singapura? kecik je Singapura tu, takkan tak terselit antara top ten? paling tidak top 40? nak tahu kaya tak kaya orang Melayu kita kat sana? Baca Sini

Dan anda kena bezakan top 40 yang terkaya di Malaysia ini. Baca Sini

Amat mengejutkan di Malaysia orang Melayu terkaya adalah di tempat yang ke 8, tempat pertama hingga ke tujuh adalah dimonopoli oleh bangsa lain, siapakah yang lebih adil dalam mewujudkan persaingan sihat?

Di Malaysia ini siapa yang berusaha, dia akan dapat hasilnya dan tiada sekatan dalam mengejar keuntungan dalam dunia perniagaan.

Kita jangan percaya bulat-bulat bagi mereka yang membela Singapura, boleh jadi ada kepentingan peribadi.

Lihatlah sendiri kedudukan orang-orang terkaya di Singapura yang saya linkkan tadi, tidak seorang orang Melayu yang kaya di sana.

Saya sudah ke Singapura dan melihat sendiri keadaan di sana, ya diakui mereka lebih baik dari Malaysia, namun, apa yang saya kesalkan Azan waktu di sana tidaklah boleh menggunakan speaker seperti di Malaysia, hanya Azan di dalam Masjid sahaja.

Amat menyedihkan nasib bangsa dan agama saya di sana.

Di manakah silapnya?