Bagun setiap pagi, tengok cermin, ada je 2-3 helai uban kat rambut belah tepi.
Makin lama, setiap kali tengok cermin sebelum pergi kerja, mesti belek muka,
Kerut bertambah, dan muka semakin tidak lagi kebudak-budakkan. Zaman kanak-kanak, remaja hanya datang sekali seumur hidup, hargailah ia.
Ada banyak komen mengenai uban ni, orang kata :
1st : banyak fikir,
2nd : dah tua la tu,
3rd : umur semakin berkurangan,
Sebenarnya orang kita selalu cakap
"wah umur kau dah makin meningkat la!"
Tidak, sebenarnya umur kita di dunia ni semakin berkurangan.
Kita tidak tahu bila je giliran kita di panggil olehNya.
Semakin lama, semakin banyak kesilapan di buat oleh saya,
"sekiranya kita dekat dengan penjual minyak wangi, bau kita pun akan wangi, sekiranya kita hampir dengan orang yang selalu berdekatan dengan najis, maka kita pun akan sedikit sebanyak terlekat akan bau najisnya."
Kita selalu fikir kita hidup lama, tetapi ajal maut sentiasa hadir tanpa di undang.
Cuma satu sahaja pinta saya, izinkan saya membalas jasa kedua ibu bapa, atok, nenek moyang dan mana yang sempat sebelum saya menghadapiNya.
Mereka adalah segala-galanya bagi saya.
*tak tahu kenapa tulis macam ni, mungkin bila umur semakin meningkat, perasaan mula sensitif,"
hehehehe...
c ya nex posting!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
tulah...semenjak 2 menjak ni makin sensitif en faiz kite hehe
terbawak2 emosi orang tua kot? hahaha
Post a Comment