Salam bloggers!
18 Oktober lepas saya telah menghadiri satu Majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah di mana majlis ini di anjurkan oleh Kelab Chedet yang berlangsung di Hotel Putra Jln Tun Razak, Kuala Lumpur dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang.
Majlis khas untuk ahli dan peminat Kelab Chedet ini yang di hadiri lebih kurang 160 orang termasuk vvip, media, pegawai Tun Dr Mahathir namun yang paling pasti semua yang hadir merupakan penyokong dan peminat mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 kita. Turut kelihatan Datuk Seri Sanusi Junid dan isteri serta Datuk Ibrahim Ali yang turut hadir ke majlis tersebut.
Saya seperti biasa, memang teruja setiap kali adanya majlis yang akan melibatkan mantan Perdana Menteri kita ini. Saya dan beberapa rakan dari Melaka menghadirkan diri dan ingin mendengar Tun Dr Mahathir berucap, menyampaikan amanat dan mengambil kesempatan mengambil gambar bersamanya.
Namun kali ini fokus saya adalah ucapannya.
Ucapan yang penuh kata-kata hikmah, nasihat dan peringatan pada orang-orang Melayu baca sini supaya tidak leka, melengkapkan diri dengan ilmu, menghadapi cabaran globalisasi dan mengisi diri dengan nilai-nilai yang baik yakni penerapan nilai-nilai Islam. Saya khuatir sekiranya pandangan Tun yang mengatakan bahawa orang Melayu sekiranya tidak bersedia, leka, rasuah, lemah dengan ugutan-ugutan luar, tunduk dengan kehendak bangsa pendatang, malas, tidak mahu bersaing bangsa Melayu mungkin tidak lagi memerintah di tanah air mereka sendiri.
Sesungguhnya, pandangan Tun memang jauh ke depan dan kita sebagai generasi muda tidak boleh sama sekali memandang ringan ingatan seperti itu. Sekiranya di kaji akan ucapan Tun ini, kelemahan yang di sebut seperti orang kita yang mula membiarkan orang luar membuat kerja di Malaysia sama seperti kelemahan dulu, membiarkan sahaja orang luar membuat kerja di sini sehingga mereka menuntut hak yang sama.
Sejarah yang mungkin berulang.
Ucapan Tun yang mengundang pelbagai rasa, marah, kesal, sedih, semangat dan gembira dan penuh dengan isi dan kebenaran yang pahit menyebabkan para hadirin begitu fokus dan menghayati setiap kata-kata Tun dan bukan mudah ingin bersama Tun dalam majlis tertutup seperti ini.
Apabila selesai berucap masing-masing memberi tepukan gemuruh kepada Tun, dan berebut-rebut mengambil gambar, autograph dan sebagainya. Saya juga tidak kalah berbuat demikian. Entah kenapa kami melihat Tun seperti tidak mahu melepaskannya, mungkin kerana kami tahu menilai akan jasa, pengorbanan dan keberaniannya menyatakan kebenaran yang menyebabkan kami menganggap Tun insan yang istimewa.
Ya Allah, kami bersyukur akan hadiah yang engkau berikan kepada kami, Pemimpin dan Pejuang Islam yang tulen.
Setiausaha Kelab Chedet yang begitu sebak dalam menyampaikan ucapannya dan ucapan saudara Bentayan merangkap pengerusi Kelab Chedet yang paling saya gemari adalah beliau bercita-cita "melahirkan banyak Mahathir".
Seorang kawan saya menyatakan ada juga penyokong pembangkang datang ke majlis ini kerana ingin melihat Tun. Macam-macam ragam. Ingatkan penyokong kerajaan sahaja yang kagum dengan Tun, rupanya lain bendera juga dalam senyap-senyap mengkagumi Tun.
Kepada Kelab Chedet, saya ucapkan tahniah, moga dapat teruskan amanat Tun dan saya menyokong perjuangan anda. Ingatlah pesanan Tun, sebarkan kebenaran walaupun ianya pahit.
"Orang tidak melihat cara kita memulakan sesuatu, tetapi cara kita mengakhirkannya"

2 comments:
nice bro!!! aku x dpt g umah terbuka...thn lepas pun x kesempatan.. harap thn2 mndatang dpt jmpa dgn Tun..
salam...
insyAllah, takpe hang jauh kami faham, tapi semangat perjuangan hang tu dekat betul..
Salam...
Post a Comment