Salam Bloggers!
"Sejadah bersolat yang menjadi isu panas baru-baru ini kerana ianya mengejutkan, tanpa pertolongan siapa-siapa ianya tegak berdiri seolah-olah sedang bersembahyang.
Berlaku di banyak tempat, Alor Setar, Pasir Mas, Kuala Terengganu, Bukit Mertajam dan kesemuanya mengalami peristiwa yang sama, sejadah seolah-olah bersolat. (Kedudukannya seperti duduk antara dua sujud.
Apabila berada di pejabat sambil membaca akhbar, saya terkejut juga kerana kisah sejadah bersolat ini berulang-ulang dan boleh di buat kronologi dan mula berfikir apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah dengan kejadian ini Allah s.w.t ingin menunjukkan kekuasaannya di mana dunia sekarang ini pula di timpa dengan pelbagai malapetaka?
Saya ingin berkongsikan cerita lucu yang agak sinis antara saya dan ayah saya di mana beberapa bulan lepas Masjid Bukit Baru, Masjid qariah saya telah di masuki babi hutan, ianya terjadi kerana ada kawasan hutan berdekatan Masjid Bukit Baru ini telah di botakkan dan di dirikan kawasan perumahan, jadi kawasan babi hutan tu makin kecil dan agaknya babi tu tersesat keluar sehingga ke kawasan Masjid.
Pada mulanya saya agak marah, manalah saya tahu babi tu tersesat, saya ingatkan ada beberapa pihak yang ingin sabotaj, dengan perasaan ingin tahu saya pun bertanyakan pada ayah saya..
"Ba! betul ke babi hutan masuk ke masjid Bukit Baru baru-baru ni?"
"Iyelah, dah korang semua tak nak gi Masjid, sampai babi hutan pun ganti tempat korang sembahyang kat masjid"
Ok.
Dengan wajah paling pahit saya senyum. Agak tajam walaupun ayatnya ringkas, saya bukanlah tidak pernah ke Masjid, solat Jumaat itu tidak pernahlah tinggal(kecuali sakit), tetapi solat waktu itu memanglah kurang ke masjid. Solat di rumah sahaja.
Perbualan di atas itu membuatkan saya sedar, isunya tidaklah sebesar mana, memanglah babi itu masuk ke Masjid, tetapi ianya masuk secara tidak segaja, tapi selalunya kita memikirkan yang bukan-bukan dalam melihat sesuatu perkara yang pelik.
Sekiranya sejadah berdiri itu benar, memanglah Allah s.w.t ingin menunjukkan kekuasaannya, tetapi pandangan saya, kita tidaklah boleh terlalu memikirkannya kerana orang Melayu kita ini suka memikirkan perkara yang mistik, dan takut akidah kita terpesong dalam membincangkannya.
Soal sejadah solat itu permainan sesetengah pihak, waAllahualam. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.
1. Sebenarnya kita bernafas, melihat, mendengar, berfikir, merasa juga menunjukkan kebesaran Allah s.w.t dan ajaib.
2. Azan yang berkumandang di setiap waktu juga adalah kebesaran Allah s.w.t dan ianya fenomena yang ajaib. (tidak henti-henti berkumandang di dunia)
3. Al-quran juga ajaib. Bermacam fakta berada di dalamnya, sehinggakan soal kelahiran manusia dari proses persenyawaan hingga melahirkan anak juga di ceritakan di dalamnya. Sedangkan al-quran telah diturunkan sebelum wujudnya mata pelajaran Sains. Al-quran kitab sepanjang zaman.
4. Cara kita bersolat juga mempunyai pelbagai fakta untuk kesihatan jasmani dan rohani. Senaman yang ajaib, rujuk pada tajuk posting saya, Prostration.
5. Bagaimana pula dengan khasiat berpuasa? Juga fenomena yang ajaib.
6. Bagaimana pula dengan keajaiban Mekah, yang terletaknya di pusat bumi? Yang mengumpulkan seluruh umat Islam di seluruh dunia?
Kesimpulannya, orang Islam khususnya Melayu tidaklah boleh terlalu taksub dengan perkara seperti sejadah besolat ini dan bercerita sesuatu tanpa hujung pangkal, enam perkara yang saya sebutkan tadi merupakan sebahagian perkara yang ajaib dalam agama Islam dan umat Islam berpeluang melaksanakannya setiap hari, ianya memberi seribu kebaikkan, namun kita tetap melihat perkara yang kecil dan membincangkannya setiap hari tanpa menyedari peluang merasa keajaiban sedia ada kita tidak endahkan.
Saya bukanlah baik sangat sehingga layak memberi teguran, ini cuma pandangan saya, anggaplah kejadian sejadah bersolat bermakna Allah memberi petunjuk agar kita segera bersolat dan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Saling ingat mengingati.

4 comments:
mngkin peringatan untuk kite yg selalu alpa:)
memang selalunya kalah dengan nafsu dan hasutan.
moga selalu di beri petunjuk
Amin
Soal sejadah ni pada saya perkara yang tidaklah ajaib...Banyak lagi perkara nk fikir...
terlalu subjektif untuk di bincangkan..orang kita suka bincang benda yg tak pasti, benda yang pasti dan ada fakta, tak di hiraukan,
WaAllahualam
Post a Comment